Wednesday, May 6, 2009

demam

semalam sepatutnya aku dah buat blog..tapi disebabkan demam aku yang melampau teruknya,aku tak dapat bangun langsung untuk ke meja komputer yang bagiku,terletak lebih kurang 13.47 kilometer dari katilku..aku sangat berharap yang aku bukanlah mangsa selesema babi hutan yang pertama di Malaysia;walaupun mungkin sedikit membanggakan untuk menjadi sebahagian daripada rekod Malaysia..

semalam,seperti yang telah aku ceritakan dalam blog sebelumnya..aku,zet,bulat,adi;dan secara kejutan,nasha telah menyertai kami telah pergi ke..ke..banyak tempat..dan perkara yang mungkin paling bodoh bagiku;kami telah masuk ke The Pavilion cuma untuk lebih kurang 4 minit..tempat itu kelihatan terlalu melampau mewahnya bagi kami..sebelum itu,kami telah merayau-rayau di sekitar KL tanpa hala tuju..terasa penat yang teramat sangat..KL Sentral,Jalan Imbi,KLCC,Midvalley..mungkin sesetengah orang akan cakap kami gila sebab melakukan kebanyakan aktiviti ini hanya dengan berjalan kaki..tapi bukan selalu..

aku tak tau nak catat apa lagi;mungkin sebab demam yang masih tak kebah-kebah ni..kepala aku terasa sangat-sangatlah pening..mungkin dalam masa beberapa minit atau jam,akan meletup dan mengeluarkan belon,reben,atau apa-apa saja yang kelihatan ceria dan boleh menggembirakan diriku..

tu je kot..oke..

2 comments:

  1. haha.x habis2 selsema babi.
    jgn doe, ckup2 r tu.kang jadi btol2 kang.

    ReplyDelete
  2. haha..tu la pasal..aku takut ouhh..

    ReplyDelete