Thursday, May 28, 2009

mentaliti 04

aku ada bakat.

boleh tak aku nak sertai x-men?
bolehlah ye? ye?

0123456789012345678901234567890123456789012345678901
0123456789012345678901234567890123456789012345678901
0123456789012345678901234567890123456789012345678901

ye. aku suka nombor.
aku tak pening bila lihat nombor.
aku tak marah bila mengira.
aku cuma rasa sedih kalau tak dapat selesaikan sesuatu berkaitan nombor dengan cepat.
sedih. kau tahu?

nombor tu macam seni bagi aku.
seni yang hebat.

dengan nombor, kita boleh telefon orang.
dengan nombor, kita boleh kira halaju.
dengan nombor, kita boleh kenal seseorang melalui kad pengenalan.
dengan nombor, kita boleh pakai duit.
dengan nombor, kita boleh buat macam-macam.
kau setuju?

mereka buat aku rasa tenang.
walaupun cuma dengan merenung nombor-nombor tu.
aku rasa tenang. aman. damai. nyaman. mempersona.
hah.
aku gila, mungkin.
tolong, hantar aku ke tanjung rambutan.

tu je kot..oke..

Tuesday, May 26, 2009

biografi

.ariff haiqal bin aminnudin.
.officially 18.
.action figure collector.
.numbers lover.
.less self-confident.
.silent anger person.
.thinking stupidly.
.strong inborn impulse.
.always brave,often scared.
.sensitive.
.crowd-fright person.
.quickly hurts,fastly recovered.
.soft-hearted.
.not into stupid music.
.mcD.
.dunkin donuts.
.easily get bored.
.amateur gamer.
.photographer-wannabe.
.taught to be a good reader.
.hard-going person.
.sony ericsson w850i.
.proudly going into uniten.
.underweight and not happy at all.
.love to watch people's stupid habit.
.quite a stubborn human.
.love action-packed movies.
.the sleepy one.

hah. ni lah entri pertama aku dalam bahasa inggeris. tak tau kenapa tiba-tiba nak pos macam ni.

mungkin dah terlalu bosan. lagi pun, buat apa dapat A dalam subjek BI dengan EST kalau tak guna kemahiran tu. kan? bodohlah kalau macam tu. [mengeluh]

tu je kot..oke..

keluhan

bosanlah. kau tak bosan ke? apa yang kau buat sampai membuatkan kau tak bosan sebosan aku? ajaib lah kau.

aku sedang memuat turun game psp. ini bahagian keempat. harap-harap semua penat lelah aku berhasil. doakan aku ye?

tu je kot..oke..

Monday, May 25, 2009

survey

T0P 21 people you know
Created by awesometrax and taken 16947 times on Bzoink
Type the first 21 people that you think of
1.: nurul
2.: adi
3.: arham
4.: bulat
5.: zet
6.: farek
7.: bella
8.: farah
9.: afiq
10.: akram
11.: ilham
12.: fateha
13.: nadia
14.: fareez
15.: ain
16.: wan
17.: shima
18.: jannah
19.: harith
20.: hanis
21.: farina
First set of questions
Who is #16 to you?: anak tarzan. hahaha.
What was your first impression of #1?: very strong person.
Ever had a crush on #5?: u think i'm what?i'm straight ok.
How did you meet #20?: never met her. haha.
Describe #13 in 4 words.: beautiful, nice, hot, cunning.
Where is #19 from?: KL!
Do you know any of #3's family members?: hell yeah. he got 3 siblings, same school with me. haha.
How tall is #17?: i don't know. but she's such a monster.
Would you go out with #7?: huh? she's taken.
What's your best memory with #2?: haa. too many.
How do you feel about #11?: he's great cousin. very great.
How old is #8?: goiing 18.
Does #6 have your number?: definitely.
Has #9 changed since you've met?: ahaha. thats funny. he'll never change. and i like that.
Does #15 have a job?: nope. she's just a dugong gemok. haha.
Where is #18 from?: impian gemilang, saujana impian, kajang.
When did you meet #14?: the last time we played futsal. i don't really remember the date.
Is #12 a virgin?: huh? of course! she's just 16 ok.
Is #4 a good friend to you?: hell yeahh!
Have you done anything... "X-rated" with #10?: haha. what do u mean?
Why is #21 last?: i just remember her.
2nd set of questions
Would #8 and #13 make a good couple?: hahaha. lesbo yeah?
What about #2 and #15?: huh? shah will get mad. haha.
How would you react if #14 and #16 went out?: haha. they're already a besties.
Have you ever been with #4, #6, #12, #18 and #20 at the same time?: nope!
Do #9 and #19 hate each other?: they don't know each other laa.
What about #7 and #11?: the same goes on.
Are #5 and #17 friends?: haa. in process i guess.
What about #3 and #21?: nope!
What about #1 and #10?: ahaha. she doesn't really like him.
Last set of questions
Who's the shortest person on your list?: adi! haha.
The tallest?: i don't know. afiq maybe.
The most annoying?: sorry to say, its u jannah.
The nicest?: all of 'em!
The hottest?: uuu. bulat! he's one hotstuff u know! hahaha.
How many people on your list do you hang out with?: 11.
Do you hate anyone on your list?: sometimes, it yess.
Who's most likely to become famous?: afiq aizat bin ramlee! i adore him.
Who's the funniest?: bulat of course. hahahaha.
You've been totally Bzoink*d!
Take This Survey | Search Surveys | Create a Survey

tom, kau baca ni.

sebelum aku pos entri seterusnya, aku nak bagi sepatah dua kata sikit ni.

myspace, sesungguhnya kau dah semakin bangsat, bodoh, menyakitkan hati dan tahi.

bodoh.

pergi jahanam kau tom.

tu je kot..oke..

mati?

lapar.
lapar.
lapar.

bosan.
bosan.
bosan.

seronok kalau mcD tu aku yang punya.
boleh pesan doublecheese burger bila-bila je aku nak.

seronok kalau Disneyland tu aku yang punya.
boleh melalak melolong macam serigala bila-bila je aku nak.

ahh, sedap lirik lagu ni kan? [bodoh]

pergi mati lah. berangan je lah kau arep. kat uniten nanti, langsung takde semua tu. matilah kau kat sana nanti. oke?

tu je kot..oke..

mentaliti 03

akhir-akhir ni, aku dah tak tau nak pos apa lagi kat blog ni. kemarau idea. mungkin juga cuaca betul-betul mempengaruhi otak aku. otak dah kering. beku.

boleh tak siapa-siapa tolong bina satu kedai yang ada jual game psp dekat dengan rumah aku? dah ketagih ni. tolonglah. tadi aku cuba muat turun game psp. memang senang, tapi nak tunggu dia habis tu. memang macam haram. dah lah ada sembilan bahagian. satu bahagian je dah ambil masa lebih setengah jam. [mengeluh, mencarut, memaki-hamun]. 

am ajak aku lepak tadi; hati yang berbunga lantas hancur bila dia kata takde duit. [sekali lagi, mengeluh]. adik-adikku, cepatlah pulang. boleh lepak-lepak macam syaitan kat KL tu. kan?yelah, melepak tak tentu arah, tak sembahyang, gelak kuat-kuat. kan dah macam syaitan tu. aku pun pernah jadi sebahagian daripada syaitan-syaitan tu.

sekadar melepaskan tekanan di otak cair yang dah beku.

tu je kot..oke..

Sunday, May 24, 2009

RM270 sahaja

oke. mulai daripada hari ni aku nak buat perubahan kat entri aku. takde lagi noktah berganda. sebab aku rasa menyusahkan peminat nak baca entri ni. [gelak besar]. peminat ye?

tak faham dengan tajuk entri tu? tu jumlah gaji aku dapat selama sebulan aku kerja macam haram. berikut kisahnya..

semalam, aku dah pergi ke kedai makan yang bodoh dekat dengan rumah aku ni. aku pernah kerja situ selama 4 bulan awal tahun ni. aku pun bukannya nak sangat pergi tempat haram tu, tapi sebab nak ambil gaji aku yang dah tertunggak selama lebih sebulan. bak kata mak, kita nak ambil hak kita. yelah, aku mengaku, aku kerja dengan syaitan yang sangat bangsat.

kau cakap dengan pelanggan, islam ni bagus lah, apa lah.
tapi aku tengok, kau pun bukannya islam sangat. syaitan je lebih.

kau cakap dengan pekerja, kau tak pernah hutang degan sesiapa.
tapi aku tengok, ramai pekerja kau lari sebab tak dibayar gaji.
kau pun lari sebab tak bayar sewa kedai. takde telur.

kau cakap dengan orang, kena layan isteri baik-baik.
tapi aku tengok, kau sibuk mengayat pelacur-pelacur;sayang lah, baby lah.

kau cakap dengan aku, nanti kau telefon aku nak bagi gaji.
tapi aku tengok, gaji aku kena potong sebab kau kata aku lambat ambil gaji.
masalahnya, kau ada ke telefon aku suruh aku datang?

kau memang bangsat kan?

kau ingat semua orang suka sangat ke dengan kau?

ye, memang aku tak puas hati dengan kau.

tak payah cakap lembut-lembut macam dewi kalau perangai kau sendiri macam babi.

harap satu hari nanti kau sedar diri lah syaitan.

maaf. entri kali ni agak keterlaluan. tapi aku betul-betuk sakit hati. bayangkanlah kalau korang diperbangsatkan macam ni. tak sakit hati?

tu je kot..oke..

Saturday, May 23, 2009

cela

Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

bila subuh,dia berlabuh;when dawn,she's gone

bagi kata semangat.

taruh kepercayaan tinggi.

bantu selesaikan masalah.

teman sampai pagi.

kejut sembahyang subuh.

paksa makan malam & sarapan.

ajar makan ubat.

marah & bebel sebab degil.

tumbuk lawan tampar.

borak sampai 2 jam lebih.

telinga merah,rahang lenguh.

tapi seronok & betul-betul menaikkan semangat.

esok subuh,dia dah pergi jauh.

perlis tu dekat ke?

macam tak je kan.

aku cuma boleh berharap.

jangan putus hubungan.

memanglah,abah cakap kat uniten ramai awek.

tapi tu tak pasti lagi kan.

dia pun,bukan siapa-siapa bagi aku.

kenalan je.

kenalan rapat.

kenalan paling rapat.

lepas ni tak rapat sangat dah kot.

jaga diri awak ye.

gembira dapat kenal.

gembira sangat sangat sangat.

TEKKE ALIEN.

tu je kot..oke..

Thursday, May 21, 2009

harapan mustahil

...

nak cerita apa?

aku harap bila kat uniten nanti,aku ada kawan macam fynn jamal atau macam kak annie..kagum aku dengan cara mereka meluahkan kata-kata..sangat bermakna..

tu harapan je..harapan..yang tak mungkin tercapai..

tu je kot..oke..

kebosanan tahap kucing nurul beranak

esok adik-adik aku balik kot..harap sangat diorang balik..nak tengok wayang..bosan betul hidup sejak tak kerja ni..melepak je kat rumah..tido pukul 2 pagi,bangun pukul 12 tengah hari..tak sarapan,tak mandi..macam tu je hidup aku untuk dua bulan..mana tak cepat mati..nak tengok dvd,pemain dvd pulak takde..mak,cepatlah belikan 1 untuk arep..nanti mati kebosanan..

dah jauh melencong dari tajuk asal..jadi,tolonglah pulang ye wahai adik-adikku..tengok wayang sama-sama..mencarut sama-sama..kutuk orang pelik sama-sama..jalan-jalan sama-sama..

Ariff Haiqal melaporkan.

tu je kot..oke..

thats when i love you

mula-mula,aku tak suka sangat lagu ni..tapi,lepas bluetooth dari adi,dah layan..buat aku teringat kat mereka..terima kasih,aslyn..


when you have to look away 
when you don't have much to say 
that's when I love you 
I love you, just that way 
to hear you stumble when you speak 
or see you walk, with two left feet 
that's when I love you 
I love you, endlessly 
and when you're mad 'cause you lost the game 
forget i'm waiting in the rain 
baby I love you 
I love you anyway 
'cause here's my promise made tonight 
you can count on me for life 
'cause that's when I love you 
when nothing you do could change my mind 
the more I learn, 
the more I love, 
the more my heart can't get enough 
that's when I love you 
when I love you 
no matter what 
so when you turn to hide your eyes 
'cause the movie and made you cry 
that's when I love you 
I love you a little more each time 
and when you can't quite match your clothes 
or when you laugh at your own jokes 
that's when I love you 
I love you, more than you know 
and when you forget that we had a date 
or that look that you give when you show up late 
baby I love you 
I love you anyway 
'cause heres my promise made tonight 
you can count on me for life
'cause that's when I love you 
when nothing you do could change my mind 
the more I learn 
the more I love 
the more my heart can't get enough 
that's when I love you 
when I love you no matter what 
that's when I love you 
when nothing baby 
nothing you do could change my mind 
the more I learn 
the more I love 
the more my heart can't get enough 
thats when I love you 
when I love you 
no matter what 
no matter what

Sunday, May 17, 2009

kekecewaan

hari ni,aku sepatutnya teman abah..tapi..aku terlambat 3 minit kot..jadi abah pergi berseorangan..tinggal lah aku bersendirian di rumah..sedih..kalau dapat ikut kawan-kawan merayau di KL,takde lah bosan sangat hidup aku hari ni kot..

tu je kot..oke..

comatose

tolong komen tentang lagu ni..siapa tahu lagu ni mengisahkan tentang apa?kekasih?atau keagamaan?



I hate feeling like this 
I'm so tired of trying to fight this 
I'm asleep and all I dream of 

Is waking to you 
Tell me that you will listen 
Your touch is what I'm missing 
And the more I hide I realize I'm slowly losing you 

Comatose 
I'll never wake up without an overdose of you 

[Chorus:]
I don't wanna live 
I don't wanna breathe 
'les I feel you next to me 
you take the pain I feel 
waking up to you never felt so real 
I don't wanna sleep 
I don't wanna dream 
'cause my dreams don't comfort me 
The way you make me feel 
Waking up to you never felt so real 

I hate living without you 
Dead wrong to ever doubt you 
But my demons lay in waiting 
Tempting me away 
Oh how I adore you 
Oh how I thirst for you 
Oh how I need you 

Comatose 
I'll never wake up without an overdose of you 

[Chorus:]
I don't wanna live 
I don't wanna breathe 
'les I feel you next to me 
you take the pain I feel 
waking up to you never felt so real 
I don't wanna sleep 
I don't wanna dream 
'cause my dreams don't comfort me 
The way you make me feel 
Waking up to you never felt so real

[Bridge:]
Breathing life 
Waking up 
My eyes 
Open up 

Comatose 
I'll never wake up without an overdose of you 

[Chorus:]
I don't wanna live 
I don't wanna breathe 
'les I feel you next to me 
you take the pain I feel 
waking up to you never felt so real 
I don't wanna sleep 
I don't wanna dream 
'cause my dreams don't comfort me 
The way you make me feel 
Waking up to you never felt so real

Oh how I adore you
Waking up to you never felt so real
Oh how I thirst for you
Waking up to you never felt so real
Oh how I adore you
Ohhhhhhhh
The way you make me feel
Waking up to you never felt so real
Waking up to you never felt so real

dilema

mereka dah ajak aku keluar..dan aku dah janji akan ikut..

tapi..

baru tadi abah minta aku temankan dia pergi hospital..dia sakit kaki,jadi tak boleh memandu sangat..dan aku akan jadi pemandu lah esok..memandu mitsubishi storm..mesti akan ada perasaan bangga dan kacak..lagipun,bila lagi aku boleh jaga orang tua ku kalau bukan sekarang?tak kan nak tunggu mereka betul-betul sakit..kan?jadi..aku buat keputusan untuk tidak pergi ke KL bersama kawan-kawanku..

maaf ye sahabat sekalian..harap kalian faham..

tu je kot..oke..

hancur hatiku

sebenarnya,banyak aku nak cerita pasal jelajah aku ke mersing hari tu..tapi sebab terlalu banyak,aku dah jadi malas nak cerita..

aku ada cerita..

ada tak antara kalian yang pernah ada bantal busuk?mesti ada kan?aku ada..

tapi..

petang tadi,dengan kejamnya,mak aku dah cabut sarung bantal tu dan basuh..dan perkara itu sangat memberi kesan kepada hidupku..

tiada lagi bau bantal yang selalu memberi inspirasi dalam kehidupanku..tiada lagi gelak tawa bersama bantal yang selalu menceriakan perjalanan hidupku..tiada lagi perasaan cinta kepada bantalku itu;sebab dah tukar sarung yang baru..bau sarung bantal yang baru tu sangat lah tidak menyenangkan hatiku dan membutakan aku sedikit benci dengan bantal itu..untuk pengetahuan anda,aku terus pening kepala lepas mak aku basuh sarung bantal tu..dan mungkin sedikit demam..yaa,kesannya sangat dahsyat..mungkin sesiapa yang pernah kena macam ni,tahu apa perasaan aku..sedih..kecewa..putus harapan..rasa malu nak berdepan masyarakat..rasa nak bunuh jiran..

tu je kot..oke..

Monday, May 11, 2009

sebentar cuma

pagi tadi,farek telah bertolak melanjutkan pelajaran ke matriks di kuala pilah..arham pula masuk ke tingkatan enam..23 mei ini,giliran zet pula untuk pergi..dia akan pergi ke uitm untuk kos asasi tesl..adi dan bulat,hala tuju mereka belum pasti..adi mungkin akan pergi ke UNIKL..bulat pula akan ke lim kok wing..semua akan berlainan arah,berlainan destinasi..tapi dengan impian yang sama mungkin..moga kalian berjaya..

esok,aku akan pergi mengikut cikgu tuisyenku yang merupakan pensyarah UKM..aku dikehendaki menjadi pembantu peribadinya selama ku mengikutinya membuat kajian di mersing..5 hari memang tempoh yang sangat lama bagiku untuk meninggalkan rumah;tambahan pula aku tak akan membawa psp 2000ku bersama..

mungkin sehingga jumaat atau sabtu,blog ni tak akan dikemaskini..tetapi akan segera dikemaskini sebaik saja aku pulang ke rumah..

selepas melalui minggu lepas,apa yang aku pasti,hidupku kelihatan semakin sukar..

tu je kot..oke..

...

apa?aku tak tahu nak tulis apa..

jadi..

cukuplah ni..

tu je kot..oke..

Friday, May 8, 2009

mentaliti 02

kenapa aku letakkan tajuk blog ni mentaliti?suka hati aku lah..gurau..sebab aku nak tunjukkan itu cara aku berfikir dan tak semua orang berfikir dengan cara yang sama..jadi,seikhlas hati; itu pun kalau si penerima menerima dengan seikhlas hati..aku mohon maaf zahir dan batin..sepatutnya batin saja sebab aku sakitkan hati dia,bukan badan dia..maaf..aku berfikir di luar kawalan..kau kawan aku dan aku tak patut buat macam tu..kau dengan aku ambil ujian motor sama-sama..main bola sama-sama..tusyen sama-sama..mungkin banyak lagi yang kita buat bersama..jadi,aku nak kita kekal kawan..kau pun,janganlah terasa hati sangat sebab kau pun tahu cara kami kan..

jadi..

KAWAN?

harap kau sambut huluran tangan aku ni..

tu je kot..oke..

alien

.....

ada seorang saja yang akan faham maksudnya.

terima kasih, alien.

sebab dah bagi sokongan tak berbelah-bagi selama ni.

jutaan terima kasih.

alien.

tu je kot..oke..

Thursday, May 7, 2009

mentaliti 01

kawan..topik hangat buat masa ini..tapi..aku tak boleh terlalu membincangkannya..bimbang ada yang tersalah anggap..tersalah faham..yelah..mentaliti..

bergaduh;bergurau sebenarnya di status myspace..sudah cukup membuatkan seseorang kawan terasa hati yang teramat sangat..sehingga tergamak dia memadam kawannya sendiri daripada senarai kawannya..itu contoh kawan bodoh..sangat bodoh..jadi,tidak hairan dia sibuk mengatakan tentang ketidakmatangan orang lain..

dikutuk;dihina sebenarnya di dunia realiti..sudah cukup membuatkan seseorang kawan menjadi lebih rapat dengan kawannya yang lain..tetapi mungkin tidak dihargai..sehingga tergamak kawan-kawannya menolak ajakannya untuk lepak bersama sebelum dia pergi jauh untuk tempoh masa yang lama..itu contoh kawan bijak..jadi,tidak hairan dia ke matriks..

mentaliti semua orang sangat berbeza..itu yang sedang aku perhatikan buat masa ini..

tu je kot..oke..

pergi

Congratulations Ariff Haiqal Bin Aminnudin! You have been offered with Foundation in Accounting programme. You will receive an offer letter soon. You are required to return the acceptance letter not later than 19 June, 2009. Thank you. 


27 jun 2009..tak jauh lagi kot tarikh tu..tarikh aku akan mendaftar di Universiti Tenaga Nasional..ya,tak sehebat mana pun..tapi cukuplah sekadar memenuhi harapan mak dan abah yang teringin benar melihat aku menyambung pelajaran di universiti;aku pun nak sebenarnya..

dan kini,aku telah diberi peluang untuk menentukan masa depan yang samar-samar..macam mana kehidupan aku di sana nanti?bagus?teruk?aku sendiri tak pasti..kau boleh tolong pastikan?tak..

jadi,aku akan cuba buat yang terbaik..untuk dapatkan apa yang aku mahu..banyak benda yang aku mahu,tapi berdasarkan impianku buat masa ini,aku hanya mahukan satu;Chevrolet Camaro..

aku akan cuba sehabis baik..janji..kot..

tu je kot..oke..

Wednesday, May 6, 2009

puan anita;dia mak aku



hampir terlupa,semalam aku ada beli sesuatu yang istimewa untuk mak aku..sempena hari ibu,hari guru,dan hari jadi beliau..tahun ni,beliau telah banyak membantu dan memberi dorongan yang sangat menaikkan semangat untuk aku terus hidup..jadi,aku telah membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang aku tak pernah lakukan selama 18 tahun aku dilahirkan;membelikan hadiah untuk mak aku..

masa ni air mata aku dah bergenangan sikit agaknya..

pada mulanya,aku terfikir nak belikan seutas jam tangan Swatch edisi hari ibu yang berharga hampir rm400..tapi..bajet aku cuma rm300 sahaja..jadi aku terpaksa membatalkan niatku itu..setelah letih berjalan mencari hadiah yang sesuai,aku terpandang ke dalam kedai;atau butik Carlo Rino..sebuah beg duit edisi hari ibu yang harganya hanya separuh dripada bajetku..aku tertarik..

setelah letih mencari hadiah di tempat lain,aku membuat keputusan untuk pergi semula ke kedai;atau butik Carlo Rino tadi..agak pelik apabila lima orang jejaka masuk ke kawasan perempuan;hanya untuk membeli satu barang..semasa urusan jual beli dijalankan,aku diminta mengisi borang keahlian Carlo Rino..apabila selesai aku membeli dan keluar dari situ,segerombolan perempuan-perempuan yang hodoh dan kelihatan bodoh,terpandang ke arah beg Carlo Rino yang aku bimbit..mereka tergelak..

"bodoh kot..",fikirku..

mentaliti..semua orang ada cara berfikir yang berlainan..mungkin tak ada orang pernah sangka yang lelaki seperti aku akan ingin membeli hadiah untuk mak aku..


mak,
selamat hari mak..
selamat hari guru..
selamat hari jadi..
arep sayang mak..
...

tu je kot..oke..