Monday, June 8, 2009

jalan-jalan cari mati

kau tau, semalam aku dengan sepupu aku pergi jalan-jalan KL. dia yang ajak. dia nak sangat tengok KL tu ada apa. mula-mula, naik KTM dari Batang Benar terus ke Midvalley. sampai je Midvalley, beli tiket wayang. sepupu aku; faridz nak tengok cerita jangan pandang belakang congkak. tapi bagi aku, cerita melayu tak payah tengok kat wayang. bazir je. tahun depan mesti dah keluar tv. betul kan? jadi, kami buat keputusan untuk ikut cadangan aku; cerita fighting. boleh tahan kot cerita ni. cuma dialognya bagi aku, membosankan. ayat aku macam bangla? kau susah apa.

habis je wayang, kami terus ke KL Sentral. pergi ke pasar seni. dari situ, kami jalan kaki pergi ke The Petaling Street. aku dapat beli sehelai baju pasukan ragbi New Zealand; aku rasa macam gagah je bila dah ada baju ALL BLACK tu. faridz pulak, beli beg untuk dia masuk universiti nanti, dengan sepasang baju sejuk; dia dengan kekasihnya yang punya. habis je beli-belah, kami pun pulang ke rumah.

oh ye, hari tu masa kat Mid, kad bank aku dah ditelan oleh mesin ATM yang macam sampah tu. kena lah aku membodohkan diri pergi buat kad baru. bukan salah aku pun kad tu kena telan, tapi kenapa aku yang kena bayar RM12 semata-mata untuk buat kad baru? bodoh Malaysia. padan muka kau. tak pasal-pasal je kena carut kan.

jadi, aku akan kembali dengan lebih banyak lagi kisah hidupku yang separa malang ini. tunggu je lah.

tu je kot.. oke..

cuti

hai peminat? da lama tak kemaskini blog ni. bukan apa, aku memang selalu tewas dengan rasa malas. tak guna betul. sampah.

hari tu, aku pergi bukit merah laketown resort. tempat tu, aku boleh kategorikan sebagai bangsat. waterpark, akhirnya jadi tempat tidur siang aku je. sleeppark. memang bosan. kalau semua permainan kena beratur, payahlah. dah lah peraturan semua macam bodoh. kena bukak baju lah, seluar tak boleh ada zip lah. yang jaga pun, semua muka macam rempit. abah kau lah.

tapi, nasib baik lah ada ecopark. tempat tu memang mahsyuk. lagi bagus daripada zoo aku rasa. tahniah lah untuk siapa yang cadangkan supaya taman tu ditubuhkan. tapi, kalau boleh, pekerja tu biarlah mesra alam sikit. ni muka tak mesra alam langsung. macam tong sampah.

cukuplah untuk kali ni. ada kerja sikit. akan kembali sebentar lagi.

tu je kot..oke..