Wednesday, May 6, 2009

demam

semalam sepatutnya aku dah buat blog..tapi disebabkan demam aku yang melampau teruknya,aku tak dapat bangun langsung untuk ke meja komputer yang bagiku,terletak lebih kurang 13.47 kilometer dari katilku..aku sangat berharap yang aku bukanlah mangsa selesema babi hutan yang pertama di Malaysia;walaupun mungkin sedikit membanggakan untuk menjadi sebahagian daripada rekod Malaysia..

semalam,seperti yang telah aku ceritakan dalam blog sebelumnya..aku,zet,bulat,adi;dan secara kejutan,nasha telah menyertai kami telah pergi ke..ke..banyak tempat..dan perkara yang mungkin paling bodoh bagiku;kami telah masuk ke The Pavilion cuma untuk lebih kurang 4 minit..tempat itu kelihatan terlalu melampau mewahnya bagi kami..sebelum itu,kami telah merayau-rayau di sekitar KL tanpa hala tuju..terasa penat yang teramat sangat..KL Sentral,Jalan Imbi,KLCC,Midvalley..mungkin sesetengah orang akan cakap kami gila sebab melakukan kebanyakan aktiviti ini hanya dengan berjalan kaki..tapi bukan selalu..

aku tak tau nak catat apa lagi;mungkin sebab demam yang masih tak kebah-kebah ni..kepala aku terasa sangat-sangatlah pening..mungkin dalam masa beberapa minit atau jam,akan meletup dan mengeluarkan belon,reben,atau apa-apa saja yang kelihatan ceria dan boleh menggembirakan diriku..

tu je kot..oke..

Tuesday, May 5, 2009

saya jumpa awak

ya,buat masa ni,otak aku ligat memainkan lagu ni..aku tak tahu sebabnya..yang pasti,lagu ni menarik..

I found god
On the corner of first and Amistad
Where the west was all but won
All alone, smoking his last cigarette
I Said where you been, he said ask anything
Where were you?
When everything was falling apart
All my days were spent by the telephone
It never rang
And all I needed was a call
That never came
To the corner of first and Amistad

Lost and insecure
You found me, you found me
Lying on the floor
Surrounded, surrounded
Whyd you have to wait?
Where were you? Where were you?
Just a little late
You found me, you found me

In the end everyone ends up alone
Losing her, the only one whos ever known
Who I am, who Im not, who I want to be
No way to know how long she will be next to me

Lost and insecure
You found me, you found me
Lying on the floor
Surrounded, surrounded
Whyd you have to wait?
Where were you, where were you?
Just a little late
You found me, you found me

Early morning, City breaks
Ive been calling for years and years and years and years
And you never left me no messages
You never send me no letters
You got some kind of nerve, taking all I want

Lost and insecure
You found me, you found me
Lying on the floor
Where were you where were you?

Lost and insecure
You found me, you found me
Lying on the floor
Surrounded, surrounded
Whyd you have to wait?
Where were you, where were you?
Just a little late
You found me, you found me
why'd you have to wait
to find me, to find me

kisah

kelihatannya,aku dah ketagih dengan benda yang merepek ni..dah masuk kali ketiga aku mencatat untuk hari ini..memang dahsyat..

hari ni,sepautnya aku menyertai zet,bulat,dan am pergi ke cyber cafe untuk bermain counter-strike;permainan yang jarang sekali boleh membuktikan kehebatan aku..tapi,atas sebab-sebab tertentu,aku tak dapat menyertai mereka..lantas membuatkan mereka agak bengang..

dan beberapa jam kemudian,tidur ku terganggu..aku diminta oleh mak supaya pergi ke pasar malam di taman semarak..apabila hampir masa ku pulang ke rumah,zet menelefon..

ringg..ringg..ringg..(memang benar,begitulah bunyi deringan telefon itu..)

dalam keadaan kelam kabut aku mengeluarkan SONYERICSSON w850i dari poket seluar ku..

zet : weyh,kau kat mane?
aku : aku kat pasar malam..
zet : kitorang kat depan rumah kau!
aku : mak aku suh aku pegi ngan adik aku laa..
zet : alaa..fine r camni..

"merajuk kot..", fikirku..

tapi takpe..sebab esok kami;aku,zet,bulat dan mungkin arham serta adi,akan pergi menghabiskan masa di KL..mungkin di THE PAVILION;walaupun aku xbiasa pergi ke tempat mewah sebegitu..

jadi,mungkin esok akan ada catatan baru..mungkin menyeronokkan..atau mungkin menyedihkan..

tu je kot..oke..

wishlist

______________________________________________________

yaa. CANON EOS 450D. sejak kali pertama aku mencuba benda yang ajaib ni,aku sangat-sangat lah kagum dengan kehebatannya. hebat. malah mungkin lebih hebat daripada TERHEBAT COMMUNITY;kenyataan ini mungkin akan membuat mereka sedikit marah. 

jadi. aku akan cuba dapatkannya;walaupun terpaksa guna duit untuk melanjutkan pelajaran aku. aku nekad. 

tu je kot. oke. 

...

oke..aku dah ada blog sendiri..mungkin dah kalahkan kawan aku yang daripada tahun lepas cakap nak buat blog,malangnya sampai sekarang blog dia belum tercipta. tahniah bulat..

tapi..

aku tak faham kenapa aku buat benda yang bagi aku tak berapa menyeronokkan ni..aku tak berapa faham tujuan sebenar benda ni dicipta..orang kata,untuk menyedarkan masyarakat supaya minat berkarya..tapi aku tengok,masyarakat sekarang macam lagi bodoh je dari dulu..kau setuju?aku tak tanya pun..tengok,dah menampakkan kebodohan yang ketara..aku betul-betul tak faham..

tapi takpe..

yang penting aku dah ada blog sendiri..boleh la aku cuba luah isi hati yang selama ni tak tahu mana pergi..bodoh kot aku..

itu je kot aku nak cakap..sebenarnya,aku nak tulis kata-kata hikmah,tapi tak pasti bernas ke tak niat aku tu..macam tak je..kan?("cehh..hidup kau pun takde hikmah,nak tulis kata-kata hikmah untuk orang",mungkin tu yang korang tengah cakap..)

ohh ye..hari ni aku lulus ujian motor..setelah dua kali gagal,aku telah berjaya menggagahkan diri untuk ambil ujian sekali lagi..dan aku berjaya. sangat terharu..lebih-lebih lagi bila abah aku ucap tahniah dan kata nak belanja aku makan;padahal selama ni memang dia yang tanggung makan minum aku..

oke..cukuplah tu..sampai bila pun tak habis kalau macam ni..kan?barangsiapa yang telah membaca blog ini,tengs..terutamanya kepada orang yang pertama membaca blog ni..anda telah menjadi sebahagian daripada sejarah..

tu je kot..oke..