Monday, May 11, 2009

sebentar cuma

pagi tadi,farek telah bertolak melanjutkan pelajaran ke matriks di kuala pilah..arham pula masuk ke tingkatan enam..23 mei ini,giliran zet pula untuk pergi..dia akan pergi ke uitm untuk kos asasi tesl..adi dan bulat,hala tuju mereka belum pasti..adi mungkin akan pergi ke UNIKL..bulat pula akan ke lim kok wing..semua akan berlainan arah,berlainan destinasi..tapi dengan impian yang sama mungkin..moga kalian berjaya..

esok,aku akan pergi mengikut cikgu tuisyenku yang merupakan pensyarah UKM..aku dikehendaki menjadi pembantu peribadinya selama ku mengikutinya membuat kajian di mersing..5 hari memang tempoh yang sangat lama bagiku untuk meninggalkan rumah;tambahan pula aku tak akan membawa psp 2000ku bersama..

mungkin sehingga jumaat atau sabtu,blog ni tak akan dikemaskini..tetapi akan segera dikemaskini sebaik saja aku pulang ke rumah..

selepas melalui minggu lepas,apa yang aku pasti,hidupku kelihatan semakin sukar..

tu je kot..oke..

...

apa?aku tak tahu nak tulis apa..

jadi..

cukuplah ni..

tu je kot..oke..

Friday, May 8, 2009

mentaliti 02

kenapa aku letakkan tajuk blog ni mentaliti?suka hati aku lah..gurau..sebab aku nak tunjukkan itu cara aku berfikir dan tak semua orang berfikir dengan cara yang sama..jadi,seikhlas hati; itu pun kalau si penerima menerima dengan seikhlas hati..aku mohon maaf zahir dan batin..sepatutnya batin saja sebab aku sakitkan hati dia,bukan badan dia..maaf..aku berfikir di luar kawalan..kau kawan aku dan aku tak patut buat macam tu..kau dengan aku ambil ujian motor sama-sama..main bola sama-sama..tusyen sama-sama..mungkin banyak lagi yang kita buat bersama..jadi,aku nak kita kekal kawan..kau pun,janganlah terasa hati sangat sebab kau pun tahu cara kami kan..

jadi..

KAWAN?

harap kau sambut huluran tangan aku ni..

tu je kot..oke..

alien

.....

ada seorang saja yang akan faham maksudnya.

terima kasih, alien.

sebab dah bagi sokongan tak berbelah-bagi selama ni.

jutaan terima kasih.

alien.

tu je kot..oke..

Thursday, May 7, 2009

mentaliti 01

kawan..topik hangat buat masa ini..tapi..aku tak boleh terlalu membincangkannya..bimbang ada yang tersalah anggap..tersalah faham..yelah..mentaliti..

bergaduh;bergurau sebenarnya di status myspace..sudah cukup membuatkan seseorang kawan terasa hati yang teramat sangat..sehingga tergamak dia memadam kawannya sendiri daripada senarai kawannya..itu contoh kawan bodoh..sangat bodoh..jadi,tidak hairan dia sibuk mengatakan tentang ketidakmatangan orang lain..

dikutuk;dihina sebenarnya di dunia realiti..sudah cukup membuatkan seseorang kawan menjadi lebih rapat dengan kawannya yang lain..tetapi mungkin tidak dihargai..sehingga tergamak kawan-kawannya menolak ajakannya untuk lepak bersama sebelum dia pergi jauh untuk tempoh masa yang lama..itu contoh kawan bijak..jadi,tidak hairan dia ke matriks..

mentaliti semua orang sangat berbeza..itu yang sedang aku perhatikan buat masa ini..

tu je kot..oke..

pergi

Congratulations Ariff Haiqal Bin Aminnudin! You have been offered with Foundation in Accounting programme. You will receive an offer letter soon. You are required to return the acceptance letter not later than 19 June, 2009. Thank you. 


27 jun 2009..tak jauh lagi kot tarikh tu..tarikh aku akan mendaftar di Universiti Tenaga Nasional..ya,tak sehebat mana pun..tapi cukuplah sekadar memenuhi harapan mak dan abah yang teringin benar melihat aku menyambung pelajaran di universiti;aku pun nak sebenarnya..

dan kini,aku telah diberi peluang untuk menentukan masa depan yang samar-samar..macam mana kehidupan aku di sana nanti?bagus?teruk?aku sendiri tak pasti..kau boleh tolong pastikan?tak..

jadi,aku akan cuba buat yang terbaik..untuk dapatkan apa yang aku mahu..banyak benda yang aku mahu,tapi berdasarkan impianku buat masa ini,aku hanya mahukan satu;Chevrolet Camaro..

aku akan cuba sehabis baik..janji..kot..

tu je kot..oke..

Wednesday, May 6, 2009

puan anita;dia mak aku



hampir terlupa,semalam aku ada beli sesuatu yang istimewa untuk mak aku..sempena hari ibu,hari guru,dan hari jadi beliau..tahun ni,beliau telah banyak membantu dan memberi dorongan yang sangat menaikkan semangat untuk aku terus hidup..jadi,aku telah membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang aku tak pernah lakukan selama 18 tahun aku dilahirkan;membelikan hadiah untuk mak aku..

masa ni air mata aku dah bergenangan sikit agaknya..

pada mulanya,aku terfikir nak belikan seutas jam tangan Swatch edisi hari ibu yang berharga hampir rm400..tapi..bajet aku cuma rm300 sahaja..jadi aku terpaksa membatalkan niatku itu..setelah letih berjalan mencari hadiah yang sesuai,aku terpandang ke dalam kedai;atau butik Carlo Rino..sebuah beg duit edisi hari ibu yang harganya hanya separuh dripada bajetku..aku tertarik..

setelah letih mencari hadiah di tempat lain,aku membuat keputusan untuk pergi semula ke kedai;atau butik Carlo Rino tadi..agak pelik apabila lima orang jejaka masuk ke kawasan perempuan;hanya untuk membeli satu barang..semasa urusan jual beli dijalankan,aku diminta mengisi borang keahlian Carlo Rino..apabila selesai aku membeli dan keluar dari situ,segerombolan perempuan-perempuan yang hodoh dan kelihatan bodoh,terpandang ke arah beg Carlo Rino yang aku bimbit..mereka tergelak..

"bodoh kot..",fikirku..

mentaliti..semua orang ada cara berfikir yang berlainan..mungkin tak ada orang pernah sangka yang lelaki seperti aku akan ingin membeli hadiah untuk mak aku..


mak,
selamat hari mak..
selamat hari guru..
selamat hari jadi..
arep sayang mak..
...

tu je kot..oke..